Thursday, January 28, 2010

kenapa saya belajar di UiTM?

Assalamualaikum.. terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri kepada semua.Nama saya Mohd ziarif bin Husain,saya berasal dari negeri kelantan dan sekarang berumur 22 tahun.Ayah saya bernama Husain bin Che Mat dan sekarang berumur 60 tahun.manakala mak saya pula berumur 49 tahun.kedua-dua ibu bapa saya masih lagi ada dan sekarang menetap di kelantan.

okey,berbalik kepada topik utama saya tadi.mengapa dan kenapa saya berada disini dan belajar disini(UITM)?.jawapannya anda sendiri dapat mengagaknya kan? dah mintak belajar kat sini tentulah dapat kat sini kan.Tapi kalau tidak dek kerana rezeki dan pointer yang diperolehi cukup-cukup makan takkan la senang-senang nak dapat masuk sini.Walaupun saya bersyukur dapat masuk kat sini,tetapi saya sedikit kecewa kerana apa yang diminta tak dapat.Sebenarnya,tidak terlintas pun dalam hati ini saya akan dapat masscom tapi nak buat macam mana terpaksalah.Pilihan utama dan pertama saya adalah pentadbiran kesihatan.nak kata minat taklah minat sangat tapi bolehlah sikit-sikit berbanding dengan masscom ni.Tapi dah takdir Tuhan nak buat macam mana.So, saya redha jelah.hehe..

okeylah, setakat ini sahaja malas nak cerita panjang.sekian wasssalam

Monday, January 25, 2010

"manusia adalah sebaik-baik kejadian.walaupun dicipta dari tanah, manusia juga sebagai khalifah.mnusia juga dicipta berakal tetapi semakin moden dunia ini semakin bercelaru manusia ini?"

    assalamualaikum.. topik ini sungguh menarik untuk dibincangkan.sememangnya manusia adalah sebaik-baik kejadian.diciptakan manusia oleh ALLAH di atas muka bumi ini sebagai khalifah kepada makhluk Allah yang lain.Manusia dikuniakan dengan akal dan fikiran bertujuan untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara.selain bertindak sebagai khalifah dimuka bumi ini,tugas utama manusia yang sebenar-benarnya adalah untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah.

     kemodenan dunia pada hari ini telah menyebabkan manusia menjadi lalai dan leka dengan tanggungjawab sebenar mereka sebagai manusia.arus kemodenan telah menyebabkan mereka lari dan terpesong dari landasan jati diri dan pegangan agama mereka.sebagai contoh,jika di perhatikan dari sudut sikap,perangai,gaya hidup dan gerak-geri pemuda-pemudi pada hari ini mereka lebih banyak terpesong dan lari dari ajaran agama islam dan nilai-nilai yang terkandung dalam ajaran islam.

    kecanggihan teknologi pada masa kini juga telah menyebabkan manusia berubah.sebagai contoh,dengan adanya kemudahan internet membolehkan ramai dikalangan masyarakat kini melayari internet tanpa batasan.mereka mudah terdedah kepada maklumat yang tidak diperlukan dan terpesong.sebagai contoh dengan melayari laman web pornografi boleh menyebabkan mereka terdedah kepada perbuatan yang tidak senonoh. sekian.