"manusia adalah sebaik-baik kejadian.walaupun dicipta dari tanah, manusia juga sebagai khalifah.mnusia juga dicipta berakal tetapi semakin moden dunia ini semakin bercelaru manusia ini?"
assalamualaikum.. topik ini sungguh menarik untuk dibincangkan.sememangnya manusia adalah sebaik-baik kejadian.diciptakan manusia oleh ALLAH di atas muka bumi ini sebagai khalifah kepada makhluk Allah yang lain.Manusia dikuniakan dengan akal dan fikiran bertujuan untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara.selain bertindak sebagai khalifah dimuka bumi ini,tugas utama manusia yang sebenar-benarnya adalah untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah.
kemodenan dunia pada hari ini telah menyebabkan manusia menjadi lalai dan leka dengan tanggungjawab sebenar mereka sebagai manusia.arus kemodenan telah menyebabkan mereka lari dan terpesong dari landasan jati diri dan pegangan agama mereka.sebagai contoh,jika di perhatikan dari sudut sikap,perangai,gaya hidup dan gerak-geri pemuda-pemudi pada hari ini mereka lebih banyak terpesong dan lari dari ajaran agama islam dan nilai-nilai yang terkandung dalam ajaran islam.
kecanggihan teknologi pada masa kini juga telah menyebabkan manusia berubah.sebagai contoh,dengan adanya kemudahan internet membolehkan ramai dikalangan masyarakat kini melayari internet tanpa batasan.mereka mudah terdedah kepada maklumat yang tidak diperlukan dan terpesong.sebagai contoh dengan melayari laman web pornografi boleh menyebabkan mereka terdedah kepada perbuatan yang tidak senonoh. sekian.
No comments:
Post a Comment