Perlembagaan Malaysia telah memberikan takrif yang jelas terhadap makna Orang Melayu. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan telah menakrifkan orang Melayu sebagai seorang yang beragama Islam,bertutur Bahasa Melayu, mengamalkan Adat istiadat Melayu ,lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Berbincang mengenai toleransi Melayu, sebagaimana yang dapat kita lihat, masyarakat Melayu sememangnya begitu bertoleransi dengan kaum-kaum lain di Malaysia terutama dengan kaum Cina dan India.Sejak dari zaman nenek moyang kita lagi masyarakat Cina dan India diterima secara pukal tanpa sebarang syarat.Mereka tidak dikenakan syarat sehingga boleh mengubah dan mengganggu-gugat cara hidup dan jati diri mereka. Mereka seperti seadanya sebagaimana asal, tanpa ada ubah suai walaupun sedikit. Mereka bebas berbahasa sendiri, hidup dalam kelompok sendiri, bersekolah sendiri, malah dapat mengaut kekayaan tanpa sekatan dan halangan, sehingga kekayaan melimpah ruah.
Sejarah sebegini tidak pernah berlaku di dunia Negara lain. Di negara lain, bukan sahaja mereka ditolak, malah akan dikenakan syarat-syarat yang ketat sebelum diterima menjadi warganegara. Paling ketara mereka akan diasimilasikan.Berbeza dengan negara-negara jiran seperti Thailand, Burma, Indonesia dan Filipina. Bilangan mereka yang diterima hanya di sekitar tiga – sepuluh peratus, selebihnya ditolak.Berbanding negara kita, bukan pribumi melebihi 40 peratus. Pada masa sama, kekayaan yang dikuasai dan diperolehi melebihi 70 peratus sehingga menimbul keresahan kepada pribumi. Inilah bentuk toleransi yang tidak ada tolok bandingnya yang perlu disampaikan kepada generasi akan datang.
Namun sejak kebelakangan ini toleransi melayu terhadap kaum lain dilihat sedikit terjejas, hal ini berkemungkinan timbul rasa kebimbangan orang melayu terhadap nasib anak bangsa mereka pada masa hadapan.Melihatkan kepada kedudukan kaum lain yang lebih terkehadapan terutama dari aspek pendidikan dan ekonomi,menyebabkan masyarakat melayu merasa sedikit tergugat dengan kedudukan mereka sebagai bumiputera Negara ini.Terutama kaum Cina yang mendominasi dan memonopoli sektor ekonomi di Negara ini.Jurang ekonomi yang begitu ketara antara masyarakat masyarakat melayu menimbulkan lagi rasa kebimbangan orang melayu terhadap situasi ini.
Toleransi masyarakat Melayu dengan masyarakat lain terutama dengan masyarakat Cina dan India berlangsung dalam keadaan kritikal walaupun pada luarannya kita dapat lihat keakraban yang terjalin antara mereka.Orang melayu pantang sekali jika hak-hak keistimewaan mereka diganggu-gugat sewenang-wenangnya.Buktinya, kepimpinan melayu terutama dalam UMNO dengan lantang memprotes cadangan Yang Berhormat Tan Sri Khalid Ibrahim,menteri besar Selangor dengan pemberian kuota 10% UITM dibuka kepada pelajar bukan melayu.Selain itu, Orang melayu Pulau Pinang pula dengan marah menentang penghapusan Dasar Ekonomi Baru(Deb) yang dibuat oleh Datuk Seri Lim Guang Eng,Menteri Pulau Pinang.
Dengan tercetusnya isu sedemikian, merencatkan lagi toleransi antara kaum di Negara ini. Masyarakat bukan melayu.pada zahirnya melihat orang melayu seakan “tenang-tenang air di lautan” namun didalamnya penuh dengan “gelombang Tsunami yang menunggu masa untuk membadai pantai”.Kemarahan orang melayu kadang-kala ada rasionalnya,rsa terpinggir dan risau dengan kemajuan yang dicapai oleh kaum lain menyebabkan mereka mudah melontarkan emosi mereka.Namun tidak dapat dinafikan yang menyebabkan masyarakat melayu terpinggir adalah disebabkan oleh orang melayu itu sendiri sama ada pemimpin mereka ataupun sifat kemalasan orang melayu untuk berusaha lebih.Dasar-dasar yang dibuat oleh Pemimpin-pemimpin melayu seakan-akan “membunuh” orang melayu.Dasar Ekonomi Baru(DEB) tidak membawa apa-apa makna bagi orang melayu,walaupun ada antara mereka yang menentang penghapusannya.
Selain itu,dasar yang dibuat kerajaan sebagaimana yang diterangkan oleh Prof Dr.zainal Keling pemimpin tidak menjelaskan secara terperinci dan panjang lebar pada setiap dasar yang dibawanya.Contoh Wawasan 2020 hanya 15 halaman sahaja.Penerangan Islam Hadhari pula 1 halaman sahaja dan konsep 1Malaysia pula 1 perkataan sahaja.Yang lebih kesian lagi konsep 1Malaysia diserahkan sahaja kepada rakyat untuk membuat tafsiran sendiri.
No comments:
Post a Comment